Bicara asQalan
"Hindarilah olehmu rumput hijau yang tumbuh dari najis unta"
Friday, May 11
Sunday, April 8
All about Lake District
Plan
Herman yang ajak. Nak cukupkan 10 orang. Berjaulah sempena Easter Break kali ni. Sebenarnya aku dah aim break kali ini tak nak pergi mana-mana sangat. Sebab nak siapkan banyakkkkk kerja. Tapi, perancangan yang selalu tak pernah ikut. Terpaksalah aku awalkan due date untuk diri sendiri.
Cadangnya pergi 10 orang kan. Tapi di akhir waktu, 3 orang tak dapat pergi. Tapi depa still bayar portion masing-masing sebab tarik diri lepas caravan telah di booked.
'Ketua' kali ini lebih kurang Boy la kot. Sebab dia yang plan. Aku seperti biasa bab-bab mandu kereta serah kat aku. Hari sebelum tu beli barang kat Coventry Rd and Seoul Plaza untuk benda-benda penting.
Tarikh 26-30/3. Gila tak. 31/3 aku kena kosongkan rumah Sebelum 26/3 aku kena siapkan banyak gila kerja. Sebab tu tak rancak sangat kat facebook. Jeling-jeling status je. Lol. (ada orang kesah ke kan?)
Jadi, peserta-pserta (?!) yang pergi adalah aku, Herman, Boy, Taufiq, Alan, Anwar dan Shahrul. Naik dua kereta. Hyundai aku bawak. Merc Shahrul, Boy pandu.
History
Aku pun tak tau history dia apa. Harus google. Kitorang tau Lake District ni pun K.Ainol selalu la habaq kat kami yg tmpat tu cantik. Setiap kali season, diorang datang sana.
Kedudukan Lake District ni kat Utara Barat England. Bawah sikit je dari Scotland. So, kalau lalu highway tu terus menghala ke Northen West England. England ye, bukan UK. :) Atas Liverpool, dekat dengan Preston, Lancashire. Merupakan salah satu hutan simpan kat UK. Terbesar kat England, tp kedua terbesar kat UK. Paling besar ada kat Scotland, Chairngorms. Dan Lake District terletak di wilayah Cumbria. Kan dah cakap tempat ni besar kan? So, dia ada beberapa bahagian kecik yg dibahagikan. Ala, mcm daerah la kot.
Apa yang ada kat Lake District ni? Name pun Lake kan? So, ada byk lake2 yg besar dan bersepah-sepah. Kadang-kadang nampak macam laut pun ada. Air sejuk. Masuk kaki je dah menggigil, kebas menjerit2 (?!).
Apa yang ada kat Lake District ni? Name pun Lake kan? So, ada byk lake2 yg besar dan bersepah-sepah. Kadang-kadang nampak macam laut pun ada. Air sejuk. Masuk kaki je dah menggigil, kebas menjerit2 (?!).
UK ni penuh dengan hikayat. Sama la mcm kisah dongeng Melayu. So, cerita di sebalik Lake District ni, ada dragon besar kat tasik ni. Namanya Nessie. Nama lain tasik ni is Loch Ness. Loch ni refer tu Lake. Bahasa klasik scottish.
Aktiviti
(Disebabkan bendaa dah 2 minggu berlalu. Maka aku dah lupa-lupa sikit)
(Disebabkan bendaa dah 2 minggu berlalu. Maka aku dah lupa-lupa sikit)
#1
As mentioned, pergi kali ni nak release sbb masing-masing lepas naik break, sume terus final exam. Maka harus kena tenangkan fikiran. Haha. Untuk hari pertama, kitorang singgah Manchester. Makan lunch kat Al-Jazeera dan Fadula. Ingat nk lawat stadium. Tapi tak jadi sebab gerak dah lambat dari Birm.
Perjalanan pun jauh. Lebih kurang 4 jam. 2 jam ke Manch, 2 jam ke Cumbria. Tempat yg kitorang tuju ni dekat West of Cumbria. Tepi laut area. Port Haverrig, Millom. Kitorang sampai Millom pun macam pukul 5.30pm camtu kot. Lepas solat jama', tak tau nak buat apa, amek Frisbee, main depan caravan. Menjerit2 anak-anak Asia kat situ. Orang datang nk relax, kitorang buat spoil. Haha. Asian..
Perjalanan pun jauh. Lebih kurang 4 jam. 2 jam ke Manch, 2 jam ke Cumbria. Tempat yg kitorang tuju ni dekat West of Cumbria. Tepi laut area. Port Haverrig, Millom. Kitorang sampai Millom pun macam pukul 5.30pm camtu kot. Lepas solat jama', tak tau nak buat apa, amek Frisbee, main depan caravan. Menjerit2 anak-anak Asia kat situ. Orang datang nk relax, kitorang buat spoil. Haha. Asian..
Pastu tengok sunset sat. Sambil tengok-tengok ape yang ada sekitar2 tmpat kitorang stay.
Millom ni pekan hantu kot. Sebab, lepas je kol 7, town jadi sunyi gelita. Takde orang yg keluar sangat. jalan gelap je. Tapi ada Tesco buka. Malam tu ingatkan nk cari restoran Thai makan seafood, tapi dah tutup. So, gi Tesco dinner sendiri2 sbb mmg hari pertama plan makan sendiri2. Maka, caravan kami buat Spaghetti Tuna, Pizza, Hot choc dan apa lagi entah. Eh, bukan buat. Just panaskan je. Hoho.
Malam tu tengok movie je.
#2
Lepas subuh tu, terus usha luar, jalan-jalan tepi pantai tengok sunrise.
Hari kedua kami jalan yg dekat-dekat je. Cadangnya nak memancing laut. Tasik pun bole la... Tapi, UK ni ngarut. Siapa nk pancing, kena ada licence. Boleh beli temporary licence tapi mahal. So, tak jadi. Kitorang jalan-jalan kat beach yg cantik kat area Millom. Ada 2 beach. Satu butterflower beach dan satu lagi Silecroft Beach.
Tengahari tu singgah kat Kirksanton. Situ byk windmill (?!) Ala, kipas pusing2 macam dlam Teletubies tu. Memang gila banyak.
Lepas Zuhr terus meredah masuk Hadbarrow Nature Reserve. Kecik je tempat ni. Tak de la nature reserve sangat kot. Haha. Ada laluan lurus (mean takyah masuk semak-semak bagai), dan ada laluan songsang (?!), kitorang terpecah 2. Aku ikot yg masuk semak samun. Haha. Tapi best la jugak. Diakhirnya terjumpa tasik gaung yg dalamnya ada keta yg terbabas masuk dalam tu. Bukan kereta je, ada peti ais, tv, masin basuh dan lain-lain. Haha.
Air sangat jernih. dan sejuk. dan sejuk. Herman dan Boy je yg rajin masuk2 kaki ni. Aku celup tangan je. Haha. Sebelum tu kitorang wat rock climbing. tanpa ada pape peralatan keselamatan. Motifnya, nak bagi group satu lagi yg terpecah jealous. Haha.
Malam tu buat steamboat. Kuah steambot la kot. Ke tomyam. aku pun tak pasti. Sebab rase same je. Byk gila bahan-bahan. Shahrul dan Anwar yang handle. Makan sampai pengsan, lepas pengsan makan balik pastu pengsan balik. Tu pun ada jugak yg cadang awal-awal masak nasi. (aku la tu yg cadang, sbb takot tak kenyang) haha.
#3
Hari ketiga memang focus untuk redah hutan simpan yg besar. So, terus menuju kat Elterwater. 45minit dari tmpat caravan. Actually, ikot jarak dan displacement, 15 minit dah boleh sampai dah. Tapi, jalan kat situ macam cuak sikit. Terlajak sikit ada gaung. Kalau tak de gaung pun ada tmpat-tempat yg menakotkan (?!).
Sampai je kat Elterwater, terus grab barang dalam keta menuju ke tempat masuk. Free je. Kalau tengok local yang datang sini, semuanya berpakaian hiking. Memang perfect. Equipment hiking. Tapi kami, dengan ada plastic bag nye isi baju sebab nak mandi kat sungai. Seluar jean nya dan lain-lain lagi. Mcm nk pergi mall je !
Sini aku boleh bahagikan kepada beberapa bahagian la kot. Mula-mula kawasan tenang sikit. Kawasan landai dan ada anak sungai jernih suci lagi murni kat bawah tu.Di seberang ada biri-biri tengah mencuri rumput. Masuk bahagian kedua, da masuk hutan . Tapi hutan yg tak tebal. Boleh nampak apa kat depan sana. Dan boleh nampak langit (?!). Sepanjang dalam hutan, nampak la pucuk-pucuk pokok yg malu-malu nak keluar. Hutan dah mula menghijau. Hutan ni berbukit. Sampaila puncak.
Puncak kawasan tanah lapang. Yg boleh tengok ke bawah. Tapi tak berapa tinggi lagi la kan. Kitorang take five jap makan2 cekedis. Terus menuju ke mencari waterfall. Sepanjang perjalanan kami ditemani dengan biri-biri yg pemalu dengan manusia di kiri kanan. Takde pagar. Boleh je dekat dengan biri-biri. Tapi depa yg lari jauh-jauh. Cuba kalau Pony. Lagi kita dekat, lagi la die dekat kat kita nk gesel-gesel.
Actually, sepanjang perjalanan, kami akan melalui rumah orang. Mungkin tuan tanah. Dan tempat hotel2 kecik mcm banglo sebijik tengah-tengah hutan. Tengah-tengah tanah lapang tu tetibe ada starbak. Manusia tengah minum coffee dan wine.
Akhirnya jumpa sungai. Ada papan tanda dalam hutan tu. Ikut arah public footpath. Bila jumpa sungai, maka berendam la kami di situ. Takde orang pun. Air jernih. Tapi memang sejuk. Sejuk gila. Aku tak tau berapa kali kena describe sejuk, sebab mmg sejuk!.
Bila abes mandi tu.. (ingat, hanya Asian je buat kerja gila). Haha. Kitorang mencari jalan pulang.
Kalau ikut publick footpath, kitorang kene redah 2 bukit dan amik masa 2 jam. Tp ikot p gps (tak main la kompas2), boleh je terus (potong bukit) dan smpai dalam masa setengah jam. Tp jalan bahaya la. Kami decide utk cepat abis, sbb malam dah nak smpai. Kalau bergelap tengah2 jalan, payah nnti. Lampu tak bawak. Bateri henset dah nak abes masing2.
Jalan bahaya sebab pernah tak tengok cerita-cerita omputih dalam hutan. Byk lumut2 hijau kat tanah. Kayu2 reput. Tu la yg kitorang lalu. Nampak macam pijak tanah, tapi pijak lubang. Salah pijak abis. Lama gak nk rentas jalan susah tu. Memanjat. Melompat suma ada. Sepek itam yg aku pinjam kat Herman, tercicir time ni la kot. Sbb aku letak kat kolar baju. Beg hitam aku Herman pegangkan terputus dan smpai ajal jugak akhirnya. Dah nasib.
Malam tu makan Mee Bandung. Sebenarnya, makan lebih steamboat semalam. Tapi beli mee.. Udang segar masih ada lebih. Terus jadi mee bandung. Pedulik ape la kan. Masing-masing dah penat.
Muka penat, turun dari jalan keluar Elterwater
#4
Disebabkan hari sebelumnya dah penat gila, so hari ni kami berpicnik. Haha. Gedik tak?
Tempat yg dituju Nether Waslane. 30-45 minit dari caravan. Tempat memang cantik. Cantik gila. Actually, situ ada macam hotel banglo rasanya. So, exclusive untuk orang yg tinggal kat hotel tu utk dapat scenery yg cantik gila!.
Tak tahu nk cakap camne. Memang indah. Subhanallah. Ni first time kami/aku tengok pemandangan camni. Time baru nk sampai dan masing-masing dalam keta , semua dah macam beruk tak reti nk duduk diam ckp cantik itu ini.
Picnik ni Alan yg uruskan. Dari rumah dia da siapkan makanan-makanan picnik. (sandwish je pun..) Disebabkan kami nak lama kat situ, activity BBQ yg diuruskan oleh aku dgn Herman pun buat kat situ. Cadangnya nk buat kat depan caravan je.
BBQ betul buat tepi tasik tu. Tasik sejuk. (again).
O yea, kat situ ada anjing. Namanye Jeft. Die paham ckp orang. kalau kena kejar Jeft, cepat-cepat cakap seat ke, lay down ke.. so, dia akan dengan arahan. Tapi cuak doh. Dia ajak bergurau senda. Suruh baling permainan dia, sbb dia nk tangkap. Last-last, ckp kat tuan Jeft yg sorang antara kawan kami allergic anjing. Terus dia bawak Jeft jalan-jalan.
Sambil-sambil BBQ tu, sambil main Frisbee. Tempat tu berbukit sikit. main je la atas bukit tu. Hoho.
Malam tu just sambung makan ayam lebih tak masak petang tadi sebab hari makin sejuk. Masing-masing tak lalu nk makan. Haha. Tapi bakar ayam kat oven. Sedap gak! Hehe.
Malam tu diakhiri dengan cerita hantu. Sweet tak? Haha.
berlatar belakangkan gunung dan tasik
#5
Last day, check out kol 10. So, tak leh nk wat ape da.
Lepas check out je, kitorang menuju ke Cheshire Oaks. Factory Outlet yg glmour. Bawah sikit dari Liverpool. Nothern Wales.
Aku beli satu barang je kot. Sbbkan beg aku dah putus, terpaksa beli beg baru. Murah je pun. Kilangg.
Smpai rumah kol 5-6pm camtu kot. Masing-masing dah kebulur. Dari tengahari tak makan. Jalan-jalan shopping dalam keadaan lapar. Hoho.
Tempat tinggal
Tadi dah mention banyak kali kot. Kami tinggal kat Caravan. Ada dua caravan. Satu caravan 4, satu lagi 3. Total 7. Caravan aku, ada Herman dan Alan. Yang satu lagi sebaliknya. Depan-depan je caravan kami. dekat.
Yg bestnya, kitorang terkejut. Bukan terkejut sebab downgrade from ape yg kami fikir. Tapi class gila caravan yg disediakan. Lengkap EVERYTHING. Yes, semuanya. Duvet, heater, pinggan mangkuk, oven, peti ais, tv, meja makan, dan mcm-mcm lagi. Mcm sewa apartment yg siap sume. Fully furnished!!..
Bajet
Kitorang bayar masing-masing GBP100. Kereta yg gerak dari Birm ada 2. Hyundai dengan Merc. Total minyak pergi balik for both kereta GBP200 je. Jimat la jugak. Kereta dah free. UK ni terkenal dengan sewa kereta yg mahal.
Tempat masuk pun dah free. (almost). Duit habis kat caravan dan makanan. :) Byk je boleh jimat. Tapi budak-budak kaya raya. Aku pun tak paham. Haha.
Conclusion
Best.
Tenang.
Hilang semua bebal. Tibe.
Tenang.
Hilang semua bebal. Tibe.
Gi la.
* Aku dah pindah rumah K.Sherry. Setakat ni, baru sekali aku masak. Boleh kira berapa kali aku tidur bilik sendiri. Sbb byk lepas kat rumah orang lain. Haha.
** Malam ni as in 13.4.12, aku tour europe. Doakan perjalanan pergi dan pulang ye.
*** Bawak keje sekolah pergi bercuti -.-
**** O yea, hari tu Ashraf Muslim datang Birm sempena honeymoon Europe. Die kongsikan camne die berubah.. Nah
Labels:
Birm. New.,
Birm. New. Europe,
Cerita
Friday, March 23
Merayau-rayau di 'batu' dan 'mandi'
Agak-agak ni gambar apa?
(pic from wiki)
^_^
Gambar dari jauh macam ni...
Jeng
Jeng Jeng
Jeng Jeng Jong Jong Inai.. Tibe!
Jeng
Jeng Jeng
Jeng Jeng Jong Jong Inai.. Tibe!
Ni dia.
Stonehenge, Amesbury, Wiltshire, UK.
Stonehenge, Amesbury, Wiltshire, UK.
SPD 7DE
Seriously, aku tak pernah termimpi yang aku akan tengok depan-depan Stonehenge ni. Dari dulu asyiklah tengok/mengadap Stonehenge ni as computer wallpaper. Yela, microsoft pun dulu letak gambar ni as one of setting default kan. Huhu..
Semalam @ 21.3.2012, Rabu 28 Rabiul Akhir 1433H. Aku jadi tour guide/pemandu tetamu dari Malaysia (lagi) untuk merayau-rayau sekitar South UK. So, tempat yang mereka pilih dan teringin nak pergi is Stonehenge. Family Sara (Aunti Ani, Along dan isteri. Dan Mrs. Ang)
Disebabkan aku dah jadi pakar sejarah dua-tiga menjak ni kan. So, mari kita bercerita sikit pasal Stonehenge. Sikit je tau. Sebab aku tak amek minor Geology apetah lagi minor. TIBE!
UNESCO World Heritage Site ni dah lama wujud sejak zaman Neolitik @ Gangsa (gitu) yakni lebih kurang 2500 SM hingga 3100 SM yg lepas. Stonehenge ni bukanlah Henge tertua kat UK. Dan bak kata Kak Enol, tak worth it pun ziarah situ. Sebab kita tak boleh pegang batu-batu tu pun. Just rocks. Henge tertua aku tak ingat kat mana. Tapi Kak Enol pernah habaq once (byk kali kot) and kita boleh pegang henge2 kat situ. Dekat-dekat dengan Stonehenge ada Avebury (apart of Tapak warisan Dunia).
Kenapa tak boleh pegang kan? Dulu, boleh. Tapi disebabkan boleh, banyak kerosakan pada batu-batu tu seperti 'sudut' batu yang teralih, batu terhakis, dan diconteng, batu jatuh (?!) dan sebagainya. So, English sangat mementingkan heritage diorang, maka dibuatnya boundaries untuk visitors mendekati Stonehenge. Unsurprisingly, structure Stonehenge yang ada sekarang ini is not the real structure yang ada dulu. Telah diubah-ubah dan dibaik pulih (seperti the others heritage) banyak kali dah.
Fungsi Stonehenge? Ok. Byk jugak lah teori apsal diorang buat Stonehenge. Antaranya tempat pengkebumian abu mayat. Tentukan Solstis dan Equinoks. Juga tempat worship solar dan lunar. Juga tempat aku menyanyi. Lol. Actually banyak mitos dan lagenda pasal Stonehenge ni. Diorang fikir bagaimana batu tu tiba-tiba boleh ada kat tengah2 pedalaman. Batu besar boleh di'tenggek'kan kat atas batu besar yang lain. Batu yg boleh berdiri kat tanah 'alone'. Dan Stonehenge ni bukanlah henge yg sebenar sebab trick diletakkan dalam holes to make sure it stands alone. :)
Tu je lah nak cerita. Sangat tak berbaloi datang jauh-jauh 2 jam setengah semata-mata untuk batu kan? Lagipun kitorang tak masuk pun sebab masuk kena bayar GBP6.30 kot for students. Lagi pun tak boleh pegang. Ada pagar yg boleh tengok Stonehenge dari jauh. So, same je la. Tapi yang aku kecewanya, aku terlupa nak bawak senapang panjang untuk menembak. So, aku dapat tembak dari jauh2 gitu je :(
Berdekatan dengan Stonehenge ada sebuah bandar yang sangat cantik architecture nya. Sebelum sampai Stonehenge kami singgah sana dulu for couple of hours. Town tu berada di lembah called Bath di Somerset. :)
Tu je lah nak cerita. Sangat tak berbaloi datang jauh-jauh 2 jam setengah semata-mata untuk batu kan? Lagipun kitorang tak masuk pun sebab masuk kena bayar GBP6.30 kot for students. Lagi pun tak boleh pegang. Ada pagar yg boleh tengok Stonehenge dari jauh. So, same je la. Tapi yang aku kecewanya, aku terlupa nak bawak senapang panjang untuk menembak. So, aku dapat tembak dari jauh2 gitu je :(
Berdekatan dengan Stonehenge ada sebuah bandar yang sangat cantik architecture nya. Sebelum sampai Stonehenge kami singgah sana dulu for couple of hours. Town tu berada di lembah called Bath di Somerset. :)
Ada hint kat situ. Hint Lembah dan Bath. :) So, hidup di lembah ni sangatlah sejuk. Setuju? Tak setuju lantak mung la.Sila refer concept Peti Ais ye :)Ye, memang ada nama tempat BATH. Tenggara dari Bristol. Haha. Kat Bath byk baths. Tapi for thermal or air panas. Disebabkan duduk di situ sejuk maka penduduk kat situ masa dulu selalu mandi air panas. Hoho. (sekarang pun tapi dengan heater la). Bath ni bandar yang sangggggggggggggggat cantik. Ye sangat cantik! Semuanya cantik.
Hampir semua architecture bangunan-bangunan kat siti inspired and established by Roman people. So, bila masuk town ni, macam berada kat Italy. Teringin nak pergi Italy. Tibe. City of Bath pon pernah termasuk dalam Tapak Warisan Dunia Unesco. Juga pernah diklasifikasikan sebagai Bandar Terbersih England. Sebab orangnye selalu take bath kot. Hoho.
Apa yang ada kat Bath ni? The main attraction of Bath is Roman Bath. Bandar Bath ni macam Kota. Kota yang ada benteng-benteng untuk berperang. Mengikut sejarah, Bath salah satu tempat masa peperangan Mons Bodanicus dibawah pemeintahan King Author (500 AD). So, peninggalan as a kota sangatlah cantik dan hebat.
Antara attractions yg lain adalah:
Antara attractions yg lain adalah:
Bath Abbey (church/cathedral)
University of Bath. Lol
The No 1 Royal Crescent
Roman Bath Museum
Fashion Museum (Italian fashion)
The Circus
Pulteney Bridge
Thermae Bath
Dan lain-lain
Aku sempat jugak lah snap pic kat 'papan tanda' University of Bath. Tak ramai Malaysian kat sini. Bak kata Auntie Ani, kalau ada peluang nak pergi lagi Bath ni. Hidup tenang dan aman dan damai. Huhu.
Time nak pulang ke Birm, kami singgah Bicester Village, Oxfordshire untuk mencuci mata. Aku yeye je Window Shopping, tibe-tibe terbeli gak. Harga factory outlet, so faham-fahamlah. Godaan tinggi weiiiii.. Hahah .
*Best ada aunti Ani dan Mrs. Ang, berborak sepanjang aku drive. Asyiklah dengan 'dream' diorang. Haha.
** Aku bagi cuti untuk diri sendiri semalam. Tak sentuh dan tak fikir apa-apa pasal study. Lol.
** Aku bagi cuti untuk diri sendiri semalam. Tak sentuh dan tak fikir apa-apa pasal study. Lol.
*** O yea, Lupa nak habaq. Cost travel semalam adalah zero. Semua ditampung. Kecuali kat Bicester yg aku beli something. Tu sah-sah la duit sendiri. Hoho
**** Sepanjang highway, bunga-bunga early spring mula hilang, the real spring is coming :)
Along and isteri di Bath Abbey.
Labels:
Birm. New,
Birm. New. Europe,
Cuti
Tuesday, March 20
Nak cerita pasal Coklat la pulak..
Jeng jeng jeng.. Sape suka coklat? Angkat kening.. Tibe..
Aku tak suka sangat cokelat. Aku suka bau je. DULU la.. Dulu cekda aku suka buat kek coklat. Cekda selalu hantar kat rumah. Aku pulak bila dah terbau kek coklat, kemain suka lagi. Tapi bila makan, ade la sebesar jari kelingking je aku kuis-kuis untuk rasa. Sebab tak suka sangat. Dulu laa.
Dulu jugak, kakak aku suka la beli bar coklat. Tak kesa lah jenama apa pon. Pastu die berlagak tunjuk-tunjuk cokelat kat aku. Tapi aku tak kisah pun. Tapi kalau die tunjuk keropok ke or benda-benda yang aku suka, 75% komfem jadi hak aku even dia yang beli. HAHA.
Pastu, coklat pulak ade jenis-jenis yang aku boleh telan. (Mampu?) Gedik gila. Kalau setakat cokelat murah-murah, memang aku tolak tepi. (sape nak tempeleng aku, silakan..) Kalau dark cokelat mmg aku anti sikit. Pahit kot. Aku pun tak faham asal lah ada orang boleh telan cokelat 'gelap'.. Lebih gelap dari biasa.. Lame.
Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi. Tibe.
Aku suka coklat cadbury, pastu yg ada kacang. Tak kesah la whole nut ke, hazel nut ke. Kacang je tau. Yg campur fruit aku tak suka. Melekat-lekat kat gigi. Full coklat pun taknak gak, sbb...entah. Means, aku takleh la terima cokelat sepenuhnye lagi. Kene campur dgn bende2 lain gak.
Ok, itu INTRO je dulu. HAHA.
So, bila cakap pasal cokelat, yg paling famous of course la Cadbury kan. Maka, aku kena pilih kasih sikit pasal Cadbury ni.
Cokelat Cadbury diasaskan oleh John Cadbury pada tahun 1824. Si John ni pemilik kedai ala-ala kopitiam namanya J.Cadbruy, tea dealer kat White Chocolate House, St. James, London. Ok, era dulu (dan kini) memang arak/alcohol menjadi makanan utama. Tapi, ia juga menjadi punca kepada kemiskinan. So, John pun fikir-fikir ape bende yang murah tapi orang suka. Tercetuslah idea nk jadikan cokelat sebagai bahan utama. Seperti yg aku state kat atas ni, dia kan ada kedai minum. Instead of dia jual kopi, tea etc so dia masukkan menu baru which is Chocolate. (tibe2 English).
Sejarah Cadbury ni berkembang pada 1840++ bila abang John, Benjamin Cadbury nak join-venture bisnes cokelat. Plus, Si Benjamin ni mmg dah ada permit untuk buka company. Zaman dulu-dulu susah nk buka company. Hidup John tak lama. Perniagaan Cokelat diwarisi oleh 2 orang anaknya, George and Richard Cadbury.
Sambil Benjamin buka kedai cokelat kecil-kecilan di London, 2 orang budak ni pun mengembangkan perniagaan. Dengan bertemakan "absolutely pure and therefore best", diorang gigih nak cari resipi yg sedap untuk cokelat. Then, diorang move to bigger kilang kat tengah2 England iaitu di Bournville.
Kalau nak tau, pekerja-pekerja yang kerja kat kilang Cadbury kat Bournville di beri byk faedah. Cadbury sediakan sekolah, hospital, tempat tinggal, tanah dan sebagainya untuk para pekerja. So, kebanyakan rumah-rumah dan sekolah yg ada kat Bournville skang ni wujud 200 tahun yang lalu. Baik gila.
O yea, masa Perang Dunia Pertama Cadbury antara penyumbang terbesar makanan diberikan kepada tentera-tentera. Bukan setakat makanan je wei, baju panas, buku-buku pun turut disumbang. Time Perang Dunia Kedua pun still Cadbury menyumbang byk kepada para tentera.
Perubahan demi perubahan Cadbury dah improvise resipi coklet. Tambah perisa itu. Letak benda alah ni. Mempelbagaikan rupa bentuk dan kreatif. Mengeksport ke luar England dll. Kalau kat Malaysia tu kita nampak ada byk jenis coklat kan? Tapi kat kilang Bournville ni, ade banyakkkkk lagi yang pelik-pelik.
Ya, semuanya HALAL. Bebas alcohol. Ingat, tujuan asal Cadbury dibuat sebab nak elak orang beli arak or alcohol. Tapi, kat kilang Bournville ni aku usha ari tu kat kedai dia, ada satu jenis coklat mmg terang-terang dia bagitau ada alcohol. So, depa gi letak warninglah for customer.
Aku pernah tertanya kat classmate aku dulu, halal ke coklat kat sini. Yela, time baru-baru sampai, aku naive dan innocent. Dia bukan reply sekadar halal je, malah dia 'ngap' depan aku dengan penuh menyelarakan. Lol.
Kalau korang nak tau lagi, Cadbury guna jenama 'Dairy Milk' kan? Tau tak nama asal dia apa? Hehe.. Actually, Dairy Milk ni telah diubah. Nama sebenar is Dairy Maid. Sebab apa maid? Sebab dulu, time cokelat nak campur dengan susu, tukang amek susu dipanggil maid a.k.a orang gaji la kot. Pure Milk and Pure Cocoa butter. Itu resipi die. Hah, gi la buat :p
'Dairy Maid'
Pernah tengok tak Charlie and The Chocolate Factory or Willy Wonka bla bla bla.. ? Happening kan tengok film tu. Ya, itu semua dalam filem je. (Sah-sah lah kan..) Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... Cadbury sediakan byk benda-benda yang menarik for tourist yang datang melawat. Serius best wei.
Tengok peta atas ni.
Tiket masuk dan Pamplet Guide.
So, satu-satu adventure (la sangat..) bermula dari Aztec Jungle. Aztec ni zaman dula kala/purba orang-orang Aztec sangat mementingkan Coklet. So, kita dibawak dengan history di dalam hutan kononnya. Then, terus bergerak ke Journey to Europe. Macammana dari Aztec, coklat dibawa ke Europe @ England ketika itu.
Selepas tu ada zone Bull Street. Di mana, props tempat ni betul2 macam kita dalam kedai John kat England tu. Kitorang masuk The Cadbury Story. Tayangan visual 3d and 2d (mungkin) mengenai asal-usul cadbury. (bende yg aku crite kat atas ni). Selepas tayangan ni, bergerak ke tayangan sebelah mengenai bagaimana coklat dihasilkan. Tayangan ni siap ada pergerakan lagi kat tempat duduk. Kalau coklat tengah masuk dalam mesin tu kan, kitorang pun terasa gegarannya. Kalau coklet tu tengah bakar, serta merta bilik tu jadi panas dan keluar asap etc.
Lepas tu ada zon Making Coklat dan manufacturing. Masa aku datang ni musim Easter. So, pekerja tengah sibuk menyiapkan coklat telur yg kecik-kecik dan yg besar gedabar telur coklat. Kreatif. Kat sini jugak, pelawat dibenarkan menulis apa-apa kat satu tempat dengan menggunakan cokelat. Of course lah aku tulis sesuatu jugak. Lol. Lepas tu menuju ke Packaging.
Beratur hampir 20 minit untuk masuk ke Cadabra. Cadabra ni keretapi api kecik yg bawak 1-4 org dalam satu gerabak. Pastu pusing-pusing dalam tu mengikut tema setiap musim. Dari bunga sampailah musim salji. Cantek wei. Lepas tu ada Demonstration Area and Advertising Avenue. Kat sini byk poster2/ iklan2 Cadbury dari dulu sampai sekarang.
Pernah tengok iklan Cadbury yg angkat-angkat kening tu tak? Puuun ada. Pastu gorilla main drum la (motif tak pasti??)... etc.. Masuk ke Purple Planet. Kat sini ada games je. Utk budak-budak dan mak bapak budak. Game simulasi je.. Aku join satu, die snap gambar time aku tak bergerak dan dijadikan 'statue' coklat. HAHAHA.
Inilah hasilnya. Statue cokelat aku. Lol.
Cokelat Easter Gedabak.
Nak keluar tu akan lalu The Biggest Cadbury's Shop. Tapi aku tak beli sangatlah. Sebab.. Oh, lupa nak bagitau.. Rumah aku dengan Kilang Cadbury kat Bournville ni kan, jauhnya 10 minit jalan dan 3 minit kereta... Sebab tu aku tak beli banyak-banyak.. Boleh datang bila-bila. Bila nak balik Malaysia nanti, sempat singgah kot. Hohooh.
Masya 'kebas' finger cadbury satu..
Teman family Sara (mama Sara and Hafiz) yg datang ziarah Uk.
Dekat luar ada Bournville Experience, Essence dan Playground. Semuanya bertemakan Coklat (of course la kan..)
So,kesimpulan makanlah coklat ye. Tibe.
O ye. Korang nak tau tak.. Government UK ni bongok. Dia nak pi jual / US nak beli kilang Cadbury ni. Sekarang ni mcm 'kecoh' orang-orang Bournville bila tinggalan nenek-moyang nak dirampas. Kalau kilang ini dijual, maka kilang ini akan berpindah ke negara lain. UK jugak yg rugi. Aku bagi tau satu rahsia... orang-orang England ni kan.... sangat.... PEMALAS.
Sebab apa? Nantilah aku cerita. Aku dah berjangkit dah ni. Dah jadi malas. Lol.
*Syndrome exam datang balik ni. Time free, taknak update blog. Bila tengok berlambak dengan submission, gigih aku nak update 2 post dalam sehari. Aiyarkk..
** Sumber sini website Cadbury
**** Syamil, air liur tu lap la.. Lol.
Penah dengar kan .. or selalu je dengar org cakap..
"Nak makan kasutt...??"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nah..
Pilih nak kasut warna ape.. Gi makan.
Labels:
Birm. New,
Birm. New. Europe,
Cerita
Monday, March 19
Bandar Othello
Weird
Apa yang bestnye Straford-Upon-Avon (SUA) ni? Yela, salah satu attraction Birmingham/West Midlands. Bak kata A.Rizal, SUA ni 'porch area'. Kawasan orang berada. Kawasan English. Real British. Sangat.
Ok. SUA ni famous sebab salah satu 'rakyat'nye adalah ,penulis, penyair, pendrama (?) English yang sangat terkenal. Siapa ingat time SPM dulu kita belajar one of his sonet. Kalau time sekolah rendah dulu kan, aku agak rajin lah pergi library kononnya nak baca buku English la kan.. so, selalu terjumpa buku-buku yg bertajuk 'Othello', 'Romeo and Juliet', 'Hamlet', Juliet Caeser', 'MacBeth' dan lain-lain. Terjumpe je. Bukan terbaca pon. Lol. :p
So, sape lagi kan kalau bukan William Shakespeare. (tibe..). Dia lahir tahun 1564 dan berkahwin pada umur yg muda dan peroleh 3 orang anak. Kalau pergi London ada satu muzium Shakespeare kat situ sebab die pindah ke London lepas jadi terkenal. Die baik dgn Queen time tu, Queen Victoria MUNGKIN. Tak pasti.
Aku pelik gak. Takkan lah 'Shakespeare' takde keturunan kan. Takkan 3 org anak-anak dia mati muda before kahwin kot? So, ade sorang anak Shakespeare telah berkahwin. Tapi biasalah tradisi British (and all Western) bawak nama keturunan ayah. So, literally 'Shakespeare' tidak diwarisi but ada je cucu cicit Shakespeare yg bring father's heritage.
'Batch' bangsa Shakespeare. Batch ni tidak di bawa turun temurun kerana Shakespeare tiada keturunan.
Kalau korang google pasal Shakespeare, banyak gosip yg betul ke ada Shakespeare, betul ke karya die wujud di tulis oleh real Shakespeare. Hurm, entah lah. Aku tak amik theology. Tibe. Tapi, sejarahnya ada. Tempat lahir nya ada. Kuburnya juga ada. Lantak pi la orang nak caya ke tidak. Tak macam 'pahlawan Melaka'. Sejarahnya ada. Tempat lahirnya tak pasti. Kuburnya juga entah di mana. Mitos mulut ke mulut mungkin. Hurm,, takkan Melayu hilang di dunia.
Kat SUA ni, namapun tempat lahir Shakespeare kan. So, dari tempat tinggal, tempat mak tinggal, tempat bini tinggal, teater selalu guna smpailah kuburnye pun dijadikan attractions. Antaranya ialah
Kat SUA ni, namapun tempat lahir Shakespeare kan. So, dari tempat tinggal, tempat mak tinggal, tempat bini tinggal, teater selalu guna smpailah kuburnye pun dijadikan attractions. Antaranya ialah
- Shakespeare's Birthplace (tempat lahir)
- Mary Arden's House (time Shakespeare kecik2)
- The Shakespeare's House (die stay dengan bini dia)
- Anne Hathaway's Cottage (anak pompuan dia yg kawen dgn org lain)
- Holy Trinity Church (tmpat Shakespeare di baptis dan dikuburkan)
- The Royal Shakespeare Theater
- The River Avon (sungai besar/luas yg melalui SUA)
Ni Shakespeare Birthplace. Senibina rumah yang classic sama macam kat Selly Manor, Bournville. Rumah classic English.
'Bidadari' di The River Avon
O yea. Kat kubur Shakespeare ni ada sumpahan. Kononnya sesiapa takleh alihkan tulang-tulang/kubur Shakespeare. Siapa alihkan, leh ken 'kutukan' (indonesia sangat..) @sumpahan. Ayat sumpahan tu ni hah...
"Good frend for Jesus sake forebeare,To digg the dust encloased heare,Bleste be the man spares thes stones,And curst be he that moves my bones"
Ni kuburnya. Sebelahnya ada kubur bini dan anak.
Masa aku pergi dengan brothers dulu, ada sorang bro ni siap beli poskad shakespeare lagi. Yg sweet2 ada ayat poem kat kad tu. Pastu pos kat tunang die kat Malaysia. Siap ada cop and stem dr Straford Upon Avon lagi. Lol.
Inilah beliau.
Town Straford ni classic sikit. Korang boleh tengok hujung/pedalaman orang naik kuda as transport diorang. Gile cool.
Okbye.
*Kerja semakin berkurang. Tapi still consider byk. Perlu settlekan cepat utk keriangan di hari kemudian. Lol.
**Tetibe nak post pasal tempat sbb baru terbaca entry lama kat Spain dan Paris.
*** O yea. Kalau korang tengok film Shakespeare story, jauh panggang dari api. Sekian.
Last, sombong wei akak ni. Aku tersiksa keluar dr keta ikut tingkap sbb nak tangkap gambar beliau dengan kuda. Pandang pun tidak. Apetah lagi senyum. Hoho.
K.Bye betul-betul. Sambung keje.
Labels:
Birm. New,
Birm. New. Europe,
Cerita,
Cuti
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Hazhari Ismail
- Independent thinker. Analytical and witty person. Diligent but slothful. Dogged but demand. Inventive but nonconformist. Understanding but ignorant. Humorous but sedate. Considerate but self-indulgent. Jovial but rotten. Recalcitrant but naive. Modest but vain. "Wahai sahabat-sahabatku, di saat aku terleka dengan dosa, kalian ingatkan aku dengan balasan Pencipta. Saling beringatlah kerana asal kejadian kita dari sumber yang sama"



